Saturday, March 15, 2014
Perasmian Majlis Ummah Ahli Sunnah ( MUAS ) pada 10 /01/ 2014
Majlis Perasmian MUAS - (Majlis Ummah Ahli Sunnah) pada 8 Rabiul Awal 1435 / 10.1.2013
USTAZ AMINUDDIN BIN ABD RAHIM
DINOBATKAN SEBAGAI PENGERUSI MUAS
-MAJLIS UMMAH AHLI SUNNAH
(DATO PADUKA MUFTI NEGERI KEDAH MEMAKAIKAN MISLAH KEPADA USTAZ AMINUDDIN SEBAGAI PERLANTIKAN PENGERUSI MUAS )
PERASMIAN MUAS PADA:
HARI JUMAAT
8 RABIUL AWAL 1435H
BERSAMAAN 10 JANUARI 2014M
DISEMPURNAKAN OLEH:
DATO’ PADUKA SYEIKH MUHAMAD BADERUDDIN HJ. AHMAD
DAN
TUAN GURU HJ. SALLEH BIN MUSA
DI SURAU PERWAJA GURUN
Majlis Ummah Ahli Sunnah (MUAS) ditubuhkan atas asas taqwa dan kecintaan kepada Rasulullah saw dan perjuangan Baginda.
MUAS dicetuskan setelah majlis muwassolah Baina Ulama Muslimin pimpinan Habib Omar Al Hafidz, Yaman pada 5 disember 2013.
Memikirkan perjuangan dan kepentingan dakwah ahli sunnah maka tertubuhlah MUAS pada 16.12.2013 majlis bersama Habib Abdullah Al Attas, Yaman.
MUAS adalah kesatuan antara ulama muktabar dan ilmuan Islam yang cintakan perjuangan ahli sunnah.
MUAS mencantumkan antara dakwah tuan-tuan guru pondok atau ulama thurath dengan dakwah para habaib untuk memastikan dakwah akan bergerak laju dan berkesan.
MUAS bertanggungjawab memelihara kesatuan Ahli Sunnah dan memperjuangkan agar diterima masyarakat sepanjag zaman.
MUAS akan bersuara dan bertindak mengikut landasan undang-undang kepada mereka yang membangkitkan isu menyentuh Ahli Sunnah maka MUAS tidak akan berdiam.
Di atas gabungan ulama-ulama muktabar dan Ilmuan Islam, MUAS akan bertindak secara professional mnyelesaikan masalah ummah.
MUAS juga akan berusaha sedaya upaya mempertahankan kitab-kitab dan imam-imam muktabaryang terdahulu dan menerima ilmu muasoroh. Apabila menggabungkan dua bahan penting ini insyaa Allah MUAS akan lebih mantap dan kuat mempertahakan Ahli Sunnah.
MUAS digerakkan dengan gabungan para alim ulama dan nadi ulama MUAS adalah Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah yang bertanggungjawab menggerak kerja untuk menghimpunkan ulama-ulama dengan MUAS.
ORGANISASI MUAS:
Penaung : Tuan Guru Haji Mad Rejab bin Mad Akhir
Penasihat : 1) Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderuddin Hj. Ahmad.
2) Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa.
Pengerusi MUAS : Ustaz Aminuddin Abdul Rahim.
Timb. Pengerusi :Ustaz Nasir bin Haji Abdul Ghani
Setiusaha : Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan
Bendahari : Muhammad Amin bin Ismail
- AJK AKAN DIKEMAS KINI DALAM MESYUARAT AGONG MUAS AKAN DATANG
Majlis MUAS ke 2 bersama HABIB ALI BIN ABU BAKAR BIN SHEIKH ABU BAKAR BIN SALIM Yaman
Majlis MUAS ke 2 bersama HABIB ALI BIN ABU BAKAR BIN SHEIKH ABU BAKAR BIN SALIM Yaman
MAJLIS UMMAH AHLI SUNNAH (MUAS)]
YANG KEDUA BERSAMA
HABIB ALI BIN ABU BAKAR BIN SHEIKH ABU BAKAR BIN SALIM YAMAN
KEDAH BERSELAWAT
ANJURAN MAJLIS UMMAH AHLI SUNNAH ( MUAS)
bertempat di Masjid Padang Temusu Sungai Petani Kedah
HABIB ALI BIN ABU BAKAR BIN SHEIKH ABU BAKAR BIN SALIM
DAKWAH DI PERLIS 10/1/2014
Majlis MUAS kali pertama bersama Habib Abdullah bin Salem Al Attas Yaman
Majlis Ummah Ahli Sunnah (MUAS)bersama Habib Abdullah bin Ali bin Salem Al Attas
MAJLIS UMMAH AHLI SUNNAH
(MUAS)
Ditubuhkan untuk gerak kerja Ahli Sunnah dan memantapkan dakwah serta mempertahankan Ahli Sunnah .
Majlis Ummah Ahli Sunnah (MUAS) dianggotai oleh ulama muktabar ahli sunnah dengan kerjasama Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah (PPPT Kedah )
MUAS akan dilancarkan dalam majlis akan datang , kita tenggah menunggu kedatangan tetamu ulama muktabar untuk merasmikan pelancaran MUAS, tolong doakan kejayaan kepada gerak kerja ahli sunnah ini. .
Majlis MUAS yang pertama bersama Habib Abdullah bin Ali bin Salem Al Attas
Sila ikuti page MUAS:
Syed Hussin , Habib Ahmad Omar , Habib Abdullah Musib Al Attas
Helmi Assyafie, Syed Hussin , Habib Ahmad Omar , Habib Abdullah bin Ali Al Attas , dan Azhari surau perwaja
ALHAMDULILLAH
MAJLIS MUAS KALI PERTAMA
BERJAYA DENGAN PENUH BARAKAH DENGAN PERTOLONGAN MUTLAK DARI ALLAH
Label: MUAS
http://pondoktauhid.blogspot.com/2013/12/majlis-ummah-ahli-sunnah-muasbersama.html
Subscribe to:
Posts (Atom)













